Category Archives: National News
Pemimpin politik perlu duduk semeja bincang masalah umat Islam
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad hari ini meminta supaya pemimpin politik di negara ini duduk semeja bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam dan perpaduan ummah di negara ini. Baginda bertitah, setiap pemimpin walaupun berbeza fahaman politik perlu berbincang dan bermuafakat mengenai perpecahan umat Islam yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. “Perpecahan di [...]
Sultan Johor isytihar Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor. Sultan Johor membuat pengisytiharan terbabit pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk [...]
Klinik Bergerak 1Malaysia akan jelajah ke perkampungan Orang Asli
Klinik Bergerak 1Malaysia akan terus menjelajah ke perkampungan Orang Asli bagi memudahkan masyarakat itu mendapatkan rawatan kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkhidmatan itu juga akan turut menjelajah ke kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar mengikut jadual ditetapkan. “Lima lagi klinik bergerak 1Malaysia akan diadakan di Pahang bagi membolehkan lebih kerap rakayat negeri [...]
SPNB tidak lagi pulih projek perumahan terbengkalai
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata Pengarah Urusannya, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh. Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. “Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju perumahan untuk [...]
SPNB bakal perkenal Skim RMR1M pada suku kedua 2012
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sedang mengkaji bentuk baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR), yang akan memberi fokus kepada keperluan rumah bagi mereka yang berpendapatan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan. Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh, berkata RMR bentuk baharu itu mungkin diberi nama Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), seperti yang diumumkan oleh pengerusinya, [...]
Tiga suspek kes pecah rumah ditembak mati
Polis menembak mati tiga lelaki dipercayai penjenayah yang giat melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar negeri ini di KM160 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar ke Jawi, dekat sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiga lelaki yang ditembak adalah seorang warga tempatan dan dua warga Indonesia. [...]
Mat Sabu: PAS sedia tawar kerusi kepada Zaid
PAS sedia menawarkan kerusi parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Mohamad Sabu, berkata timbalan presiden PAS itu akan berbincang mengenai tawaran kepada presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri. “Itu kita akan bincang, saya tak [...]
Contohi perjuangan Rasulullah S.A.W: Tuanku Abdul Halim
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menitahkan umat Islam di Malaysia mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah yang berjaya mendidik, memimpin serta membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu. Baginda bertitah kegigihan Rasulullah [...]
Protes siswa 19 Feb jika Azizan terus pertahan AUKU
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedia menggerakkan mahasiswa untuk mengadakan protes di Wisma Darul Aman 19 Februari ini jika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih “terus mempertahankan” Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan akta yang mirip dengannya. Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab (kiri) berkata berkata tarikh itu dipilih kerana ia merupakan hari [...]
Kuala Lumpur Bandaraya Pilihan Bagi Syarikat Arab Buka Pejabat
Kuala Lumpur berada pada kedudukan tertinggi dalam kalangan bandar raya Asia Tenggara bagi syarikat-syarikat Arab membuka pejabat serantau dan pejabat wakil, demikian menurut satu kaji selidik kendalian Strategia International. Dalam kenyataan Sabtu, Malaysia Global Business Forum (MGBF), berkata hasil kaji selidik itu adalah susulan kejayaan Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-18 dalam Laporan ‘Doing Business’ 2012, [...]
