Home
State
National
Features
Lifestyle
Entertainment

Category Archives: National News

Kerajaan Pas Kelantan Dituntut Tunai 22 Janji

Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan, Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini. Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu [...]

Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2,500 Untuk Gred 1 Hingga Gred 54

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan [...]

Akta Peniaga Barang Terpakai 1946 perlu dikaji semula

Persatuan Peniaga Kereta Terpakai dan Syarikat Kredit Selangor dan Kuala Lumpur meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji semula Akta Peniaga Barang Terpakai 1946 yang mengkategorikan kereta terpakai sebagai barang lusuh. Presidennya, Khoo Kah Jin, berkata disebabkan perkara itu, sehingga kini 70 peratus hingga 80 peratus penjual kereta terpakai masih tidak mendapat [...]

Proton, Yes Tawar Akses Internet 4G Dalam Kereta Pertama Malaysia

Proton, Yes Tawar Akses Internet 4G Dalam Kereta Pertama Malaysia

Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn Bhd, Rabu mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baharu P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan. Dalam kerjasama itu, para pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah [...]

Permohonan habeas corpus Hamza Kashgari ditolak mahkamah

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan habeas corpus difailkan oleh kolumnis Arab Saudi Hamza Kashgari Mohamad Najeeb untuk menentukan penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang. Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam yang mewakili Hamza, N. Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri dan [...]

Tidak perlu berbaiah kepada manusia biasa: Dr Mahathir

Tidak perlu berbaiah kepada manusia biasa: Dr Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata seseorang Muslim tidak perlu berbaiah kepada pemimpin yang hanya orang biasa. Katanya, seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah. “Baiah bermakna kita ‘swear loyalty’ (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda [...]

Permohonan Mat Sabu batal saman fitnah ditolak

Permohonan Mat Sabu batal saman fitnah ditolak

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu – yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu – untuk membatalkan kes di mana beliau didakwa memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada bulan Ogos. Peguam Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu berhujah bahawa kes [...]

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Ke-228 Majlis Raja-raja

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini pada Rabu. Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Raja-raja Melayu diiringi Menteri [...]

Umno Sedia Berdialog, Berbincang Dengan Semua NGO Termasuk JATI

Umno sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk berdialog dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JATI dalam semua hal terutamanya isu semasa membabitkan kepentingan bangsa dan agama. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengalu-alukan mana-mana sahaja NGO yang mahu berjumpa dengan parti tunjang pemerintah bagi mendapatkan penjelasan atau berbincang tentang sebarang isu semasa [...]

16 sertai perhimpunan anti ISA didapati bersalah

16 sertai perhimpunan anti ISA didapati bersalah

Seramai 16 individu yang ditahan kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara tiga tahun lalu, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan terbabit dengan perhimpunan haram. Hakim Ainul Shahrin Mohamad memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah selepas semua tertuduh gagal mewujudkan keraguan berhubung [...]