Category Archives: Sport
Harimau Malaya gagal baham Samurai
Skuad Harimau Muda A sekali lagi dirundung duka apabila dibelasah teruk 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Jepun yang terus melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama yang dijaringkan oleh Sakai [...]
Piala Presiden; Perak sedia pertahankan rekod tanpa kalah
Perak sedia mempertahankan rekod tanpa kalahnya dalam saingan Piala Presiden apabila berdepan dengan Pulau Pinang di Padang Universiti Sains Malaysia ( USM ), Khamis ini. Jurulatih, Abu Bakar Fadzim berkata, para pemain Perak diingatkan agar sentiasa tingkatkan keupayaan masing-masing bagi membawa pulang tiga mata dari gelanggang lawan. Selepas lima perlawanan, Perak berjaya mengumpul 13 mata [...]
71 Gimnas Lelaki Ikuti Kem Pemilihan MSN
Buat julung kalinya, 71 gimnas lelaki sedang mengikuti kem pemilihan dan penilaian sukan gimnastik di gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN) di sini. Pengarah Cawangan Pelapis MSN Jefri Ngadirin berkata ini adalah kali pertama pihaknya menganjurkan program seumpama itu bagi mencungkil bakat-bakat baru gimnas lelaki dari Pusat Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan. Beliau berkata [...]
Penunggang Diwajibkan Guna Topi Keledar Diperakui FIM
Semua penunggang diwajibkan memakai topi keledar yang diperakui oleh Federation of International Motorcycle (FIM) dalam kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix pada musim 2012 dan seterusnya. Menurut Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), selaku penganjur kejohanan, peraturan baru itu berkuatkuasa serta merta dan diwajibkan ke atas penunggang yang bertanding dalam acara CP130, CP115, Wira, Privateer, [...]
Sikap Tamak Haloba Pemain Punca Gejala Rasuah Bola Sepak – Kay Kim
Sikap tamak haloba sesetengah pemain untuk memperoleh pendapatan lumayan dalam masa singkat menjadi punca mengapa gejala rasuah boleh sepak masih berlaku dalam liga tempatan, demikian luahan pengkritik sukan tanah air Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Beliau berkata gejala sedemikian pernah berlaku pada era 1970-an namun kelemahan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa menjadi punca [...]
Tiket Perlawanan Malaysia-Jepun Mula Dijual Pukul 5.30 Petang Rabu
Tiket untuk perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Olimpik 2012 zon Asia antara Malaysia dan Jepun akan dijual mulai 5.30 petang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada hari perlawanan, Rabu ini. Perlawanan akan bermula pada jam 9 malam. Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM40 untuk tempat duduk utama (grand [...]
RM25,000 daripada Kerajaan Negeri Perak kepada kelab- kelab penyokong bolasepak
Kerajaan Negeri Perak telah memberi sumbangan sebanyak RM25,000 kepada kelab-kelab penyokong bola sepak ang sentiasa memberi sokongan padu kepada para pemain skuad Seladang dalam aksi Liga Super. Kelab Seladang FC ( KSFC ) dan Kelab Peminat Bolasepak Perak ( KPBP ) masing-masing menerima sebanyak RM7,000. Dua lagi kelab penyokong, Silver State Ultras dan Die Hard [...]
KL Dragons Capai Kemenangan Kelima Dalam Liga ABL
Pasukan kelab profesional negara, Westports Malaysia KL Dragons mencapai kemenangan kelima pada Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) musim ini dengan mengatasi Jobstreet.com Singapore Slingers 86-71 di Stadium MABA, di sini semalam. Dua pemain import dari Amerika Syarikat, Tires Jamaal Wade dan Brian Michael Williams menjadi wira KL Dragons apabila masing-masing menjaringkan 34 dan 30 mata [...]
Kedudukan Lazar Popovic dalam skuad Seladang tergugat
Kedudukan penyerang import Serbia, Lazar Popovic mula dipinggirkan apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi Liga Super sejak tujuh perlawanan lalu. Popovic yang ` dibeli ‘ bagi mempertajamkan serangan Perak diletakkan sebagai pemain simpanan dalam perlawanan pertama Piala FA di Ipoh Jumaat lalu. Perak layak ke pusingan kedua apabila menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM [...]
Klitschko kekal gelaran WBC
MUNICH: Vitali Klitschko mengekalkan gelaran World Boxing Council (WBC) heavyweight dengan kiraan mata ke atas Dereck Chisora dari Britain dalam perlawanan hebat di the Olympiahalle sebentar tadi. Peninju Ukrain berusia 40 tahun itu mempertahankan gelarannya untuk kali ke-10 dan melebarkan rekod peribadi kepada 44 kemenangan dengan hanya dua kekalahan. Klitschko menang dengan kiraan mata 118-110, [...]
