Bayern Munich semakin hampir kepada final Liga Juara-Juara apabila Mario Gomez menjaringkan gol pada lewat permainan untuk kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama di Allianz Arena.
Selepas Franck Ribery memberikan Bayern gol awal pada minit ke-17, Mesut Oezil menyamakan kedudukan untuk Real pada minit ke-53 sebelum Gomez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 untuk bekalan perlawanan timbal balik di Bernabeu.
Dengan kemenangan itu, Bayern mengekalkan rekod tidak pernah kalah kepada Real di tempat sendiri dengan sembilan kemenangan dan satu seri dalam 10 pertemuan.
Bayern kini memiliki kelebihan untuk kembali ke Munich untuk final Liga Juara-Juara musim ini pada 19 Mei di mana ia akan berhadapan dengan juara bertahan Barcelona atau Chelsea yang akan beraksi hari ini.
|
|