logoperaknews

pnewsmerdeka

Pembantu Rumah Mendiang Karpal Singh Masih Kritikal

Pembantu rumah mendiang anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang cedera parah dalam kemalangan di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar semalam, masih kritikal dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon ketika dihubungi berkata pembantu rumah warga Indonesia itu, Selfiana Rengga, 24, juga mengalami pendarahan di bahagian otak kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Ng berkata beliau dimaklumkan mayat pembantu peribadi Karpal Singh, Michael Cornelius, 39, akan dihantar ke India Sabtu ini bagi upacara pengebumian.

Karpal Singh, 74, yang juga bekas pengerusi DAP, dan pembantu peribadinya itu maut dalam kemalangan kira-kira 1.10 pagi semalam itu apabila kenderaan serbaguna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription