peraknews logo
Monday, 20 May 2013   10. Rejab 1434

perakfaPenyerang dari Cameroon, Albert Dominique Ebossé Bodjongo akan membuat penampilan pertama dengan skuad Seladang dalam perlawanan Liga Super menentang Sabah di Ipoh malam ini.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun memberitahu bahawa Perak sudah memperolehi Sijil Perpindahan Pemain ( ITC ) Albert kelmarin. 

Oleh itu, katanya, Albert akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi menerajui jentera serangan bersama-sama Akmal Rizal Ahmad Rakhli.   

Albert merupakan penyerang kelab divisyen kedua Cameroon, Douala Athletic diambil menggantikan  penyerang Serbia, Lazar Popovic.

Perak terpaksa menamatkan kontrak Popovic setelah penyerang tersebut gagal menjaringkan sebarang gol dalam 13 perlawanan Liga Super. 

Akhirnya, penyerang Serbia itu menemui sentuhan gol pada perlawanan ke-14 dengan menyumbangkan satu gol semasa Perak menumpaskan Sabah 3 - 1  pada hari Sabtu lalu.

Namun begitu, Azwan berkata, semuanya sudah terlambat kerana kontrak Popovic ditamatkan lebih awal dan tempatnya digantikan oleh Albert.

Perak berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 22 mata setelah beraksi 14 perlawanan.

"Saya berharap Albert bersama-sama pemain Perak yang lain berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kemenangan malam ini,'' jelas Azwan.

Katanya, Perak perlukan kemenangan itu agar kedudukannya dengan tiga pasukan teratas tidak terlalu jauh.

Walau bagaimanapun, Azwan memberi amaran kepada Albert supaya memberi komitmen yang tinggi dan mampu menjaringkan gol.

"Jika penyerang itu gagal, Perak tidak teragak-agak untuk menyingkirkannya seperti mana dilakukan ke atas Popovic,'' tegas Pengurus Pasukan tersebut.

Beliau juga memberi ingatan kepada pemain-pemain tempatan supaya meningkatakan prestasi masing-masing jika mahu bersama-sama skuad Seladang pada musim akan datang.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: