Wigan Athletic menambah kejutan pada penghujung saingan Liga Perdana Inggeris apabila menang 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Minggu lalu, kelab bawahan ini juga membuat kejutan apabila menang ke atas pendahulu liga, Manchester United 1-0 di gelanggang sendiri.
Dua gol awal memastikan skuad bimbingan Roberto Martinez bukan saja mencalarkan rekod Arsenal sebagai antara kelab gergasi, malah mengelak Wigan daripada tersingkir dalam saingan musim depan.
Wigan kini lima mata di belakang Bolton Wanderers di tempat ketiga tercorot.
Keputusan itu mendekatkan lagi jarak mata skuad Arsene Wenger dengan Tottenham dan Newcastle serta menjejaskan peluang untuk layak automatik di tempat ketiga liga ke saingan Juara-Juara Eropah.
Wigan terlebih dulu membuka jaringan menerusi Di Santo pada minit ke-7 dan seminit kemudian oleh Jordi Gomez.
Arsenal cuba bangkit sebelum separuh masa pertama apabila memperoleh gol menerusi Thomas Vermaelen pada minit ke-21.

|
|