peraknews logo
Sunday, 26 May 2013   16. Rejab 1434

Perak perlu memenangi seberapa banyak perlawanan dalam pusingan kedua Liga Super jika mahu berada dalam kelompok tiga tangga teratas.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Pasukan Khairul Azwan Harun mencabar jurulatih, Norizan Bakar dan para pemain skuad Seladang supaya merealisasikan impian tersebut.perakfa 

"Saya berpendapat perkara ini amat serius dan semua pemain perlu bekerja keras bagi mencapai kemenangan,'' tegas Azwan.  

Beliau mahukan anak buah Norizan lebih bertenaga berbanding persembahan yang dipamerkan agak kurang memuaskan pada pusingan pertama lalu.

Persembahan yang dipamerkan oleh Perak pada pusingan pertama sekadar boleh tahan walaupun dilanda masalah kemarau gol.

Perak berada menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul 22 mata setelah memperolehi tujuh kemenangan, seri satu perlawanan dan kalah lima perlawanan.

Skuad bimbingan Norizan Bakar membuka tirai Liga Super musim 2012 dengan mencatat kemenangan ke atas juara Piala FA, Terengganu 1 - 0 pada 10 Januari tetapi kalah 0 - 1 kepada Selangor pada 14 Januari.

Persembahan Perak semakin meningkat apabila mencatat empat kemenangan berturut-turut mengalahkan Negeri Sembilan 2 - 1 ( 17 Januari ), Johor FC 1 - 0 ( 21 Januari ), Felda United 2 - 1 ( 28 Januari ) dan Sarawak 2 - 1 ( 8 Februari ).

Selepas itu, skuad Seladang kalah mengejut dalam dua perlawanan berturut-turut kepada T-Team 0 - 2 ( 11 Februari ) dan Lions XII 1 - 2 ( 14 Februari ).

Namun begitu,Perak berjaya mencatat keputusan seri 2 - 2 apabila berdepan PKNS pada 3 Mac lalu.

Skuad Seladang kembali dilanda masalah persembahan yang kurang mantap apabila kalah dalam dua perlawanan berturut-turut kepada Kelantan 0 - 2 ( 17 Mac ) dan Kedah 0 - 3 ( 30 Mac ).     

Walau bagaimanapun Perak mengakhiri pusingan pertama musim ini dengan memperolehi dua kemenangan berturut-turut menumpaskan Kuala Lumpur 2 - 1 ( 7 April ) dan Sabah 3 - 0 ( 14 April ).

Namun begitu, Perak kalah 1 - 2 kepada Lions XII pada 10 April lalu merupakan perlawanan yang dijalankan bagi pusingan kedua. 

Prestasi Perak yang kurang memuaskan itu berkait rapat dengan kegagalan penyerang import, Lazar Popovic dan penyerang tempatan menembusi pintu gol lawan.

Akibat kegagalan menjaringkan sebarang gol Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ) menamatkan kontrak Popovic pada 1 April lalu dan mengambil penyerang Cameroon, Albert Dominique Ebossé Bodjongo.

Kini, para penyokong Kejor Yeop kejor akan tertumpu kepada Albert samada mampu atau tidak penyerang tersebut menjadi penjaring utama Perak. 

Penyerang dari Cameroon itu akan diturunkan dalam pertamanya menentang Sabah di Ipoh pada 17 April ini.

"Saya berharap Albert dapat membuktikan bahawa kehadirannya mampu membawa kedudukan Perak ke tangga yang lebih baik'', jelas Azwan.

Selain itu, beliau memberi amaran kepada penyerang tempatan supaya mempertingkatkan prestasi masing-masing jika ingin bersama-sama Perak musim akan datang.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: