logoperaknews

iklan-black

Darurat Dikuatkuasa Jika Bekalan Air Masih di Tahap Bahaya

Empangan-Selangor-Semakin-Kering

Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S Piarapakaran, berkata Malaysia berkemungkinan akan dilanda musim panas untuk kali kedua namun paras empangan sehingga kini masih tidak mencapai tahap minimum 55 peratus.

Katanya, tahap kapasiti simpanan air mentah di negeri Selangor perlu melebihi kadar 55 peratus bagi mengelakkan Lembah Klang sekali lagi menghadapi krisis bekalan air.

"Lembaga Urus Air Selangor menetapkan tahap minimum 55 peratus kapasiti simpanan air mentah perlu dicapai.(Bagaimanapun) kapasiti bagi empangan Sungai Selangor masih dalam lingkungan 37 peratus sahaja (setakat ini).

"Jumlah kapasiti air terawat yang boleh diagihkan daripada loji perawatan air kira-kira 2,500 juta liter sehari (JLH), dan ini menyebabkan lebih daripada 50 peratus bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada empangan Sungai Selangor," katanya.

Piarapakaran berkata, jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, kerajaan berkemungkinanan harus mengumumkan darurat dan menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Beliau berkata, WSIA adalah kuasa khas semasa kecemasan berkaitan penggunaan sumber air yang diberikan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Antara yang terkandung di dalam WSIA adalah menghalang pengunaan air secara umum atau untuk kegunaan tertentu, mengehadkan pengunaan dan pengeluaran air pada waktu tertentu, dan mengenakan caj tambahan ke atas penggunaan yang melebihi had yang telah ditetapkan," katanya.

 

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription