peraknews logo
Sunday, 19 May 2013   9. Rejab 1434

Perak menemui semula sentuhan berbisa mereka apabila berjaya menundukkan Sabah dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung semalam.

Perak mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Namun begitu, Sabah melakukan kejuatan awal apabila membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Zainizam Marjan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Perak kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli minit ke-65.

Dua minit kemudian pemain pertahanan Sabah Mafry Balang kemudian memberikan gol kedua kepada pasukan pelawat selepas tertampan gol ke gawang sendiri.

Penyerang import Perak dari Serbia Lazar Popovic kemudian mengesahkan kemenangan mutlak pasukan tersebut menerusi jaringan pada minit ke-90.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: