Permainan hari kedua Terbuka Malaysia terpaksa dihentikan apabila ribut petir melanda Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) petang ini.
Pemain Afrika Selatan, Otto Hennie dan Jbe Kruger, sedang mendahului dengan catatan sembilan di bawah par untuk keseluruhan 135 dengan rakan senegara, Louis Oosthuizen, satu pukulan di belakang selepas 12 lubang.
Oosthuizen meneruskan prestasi hebat di penentuan playoff kejohanan The Masters di Amerika Syarikat minggu lalu untuk mencatatkan dua di bawah par pada pusingan kedua yang terpaksa dihentikan.
Namun, rakan permainan, Charl Schwartzel yang juga pendahulu pusingan pertama semalam, hilang kelebihan tiga pukulan untuk berkongsi tenmpat ke-12 apabila siren dibunyikan sejurus jam 4 petang.
Pusingan kedua akan bersambung pada 7.45 pagi esok dengan 75 pemain masih belum menamatkan 36 lubang.
|
|