peraknews logo
Wednesday, 19 June 2013   10. Sha'aban 1434

rumah

popovic-pkPersatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ) dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukan penyerang berbisa, Keita Mandjou yang dikaitkan dengan skuad Liga Super Perak dalam sidang akhbar khas di pejabat Pafa hari Jumaat ini.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun akan membuat sidang akhbar itu dan sekaligus menjelaskan kedudukan Keita serta pengisian kekosongan penyerang import, Lazar Popovic.

Sebelum ini, para peminat hangat memperkatakan mengenai Keita yang dihebohkan akan menggantikan Popovic.

Pafa mengambil keputusan menamatkan kontrak Popovic kerana gagal menjaringkan sebarang gol sejak menyarung jersi Perak pada awal tahun ini.  

Beberapa pemain dari Afrika telah menjalani ujian pemilihan akhir bulan lalu bagi mengisi kekosongan tersebut tetapi gagal menepati citarasa pihak pengurusan skuad Seladang. 

Keita, 32, yang pernah menyarung jersi Perak pada tahun 2004 lalu juga dikatakan berminat untuk kembali bersama-sama skuad Seladang.

Penyerang yang berasal dari Guinea itu pernah memenangi anugerah Kasut Emas pada tahun 2006 setelah menjaringkan 17 gol dalam saingan Liga Perdana pada waktu itu.

Keita sedang beraksi dalam Liga India ( I-League ) dengan kelab Pune FC yang mana beliau merupakan tonggak utama jentera serangan kelab itu. 

Atas kesediaan Keita untuk kembali beraksi di Ipoh, Pafa telah menghantar jurulatih, Norizan Bakar bersama-sama Naib Presidennya, Khairuddin Ahmad dan penolong pengurus, Ahmad Shahrul Azhar Sofian ke sana bagi perbincangan lanjut.

Ketiga-tiga pegawai tersebut telah melakukan perbincangan lanjut mengenai hasrat Keita untuk menyarung semula jersi Perak.

Namun begitu difahamkan pihak pengurusan Pune FC enggan melepaskan Keita kerana kelab berkenaan sedang memburu kedudukan kedua dalam I-League.

Pune FC berada di tangga ketiga dengan mengumpul 43 mata sedang dicabar sengit oleh kelab McDowell Mohun Bagan, Churchill Brother SC dan Kingfisher East Bengal.  

Pune FC akan beraksi tiga perlawanan terakhir bagi menamatkan musim 2011 - 2012.

Sementara itu, Perak terus menguji dua pemain dari Cameroon dan Guinea apabila harapan mendapatkan khidmat Keita dikatakan semakin samar.

Perak perlu bergerak lebih pantas bagi mendapatkan penyerang import kerana tingkap perpindahan pemain akan ditutup pada 16 April ini.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: