logoperaknews

banner-hitam

GAGASAN mahu prinsip meritokrasi disemak semula

DATUK-SERI-HASAN-MALEK

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) mahu prinsip meritokrasi dalam pemilihan pelajar ke universiti disemak kembali dan diselarikan dengan matlamat membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat serta memperkasa orang Melayu dan Bumiputera. 

Presidennya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata ini kerana pada masa ini, pengambilan pelajar Melayu dan Bumiputera dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang berada pada tahap membimbangkan. 


 
"Tinjauan kita mendapati fakulti yang menawarkan bidang profesional itu didominasi oleh satu kaum sahaja," katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Gagasan kali keempat di sini, malam tadi. 


Majlis yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang juga Timbalan Presiden GAGASAN. 

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, ia adalah satu tragedi kerana matlamat pemerkasaan Melayu dan Bumiputera menerusi penguasaan bidang profesional akan gagal. 

Malah, katanya, cita-cita negara untuk menyusun semula masyarakat agar tidak dipisahkan oleh identiti ekonomi selain matlamat memadam konflik perkauman menerusi penghapusan kemiskinan akan tergendala. 

"Sekiranya anak-anak Melayu dan Bumiputera hanya sekadar terlatih untuk menyumbang sebagai pekerja kolar biru sedangkan pekerja kolar putih dan kelompok profesional didominasi oleh orang lain, maka akan wujud jurang ekonomi yang bakal menggoncang asas kestabilan sosiopolitik negara," katanya. 
Beliau juga berkata, GAGASAN mendapati terdapat jurang ketara antara pencapaian pelajar Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diumumkan baru-baru ini. 

Katanya, antara punca masalah berkenaan ialah sekolah-sekolah di luar bandar atau pedalaman yang juga ruang hayat anak-anak Melayu dan Bumiputera masih terkebelakang dari segi prasarana pendidikan. 

"Murid yang diasuh dalam bilik darjah serba mundur dan hanya bergantung kepada buku teks tidak akan mampu bertanding dengan pelajar yang belajar dengan bantuan teknologi digital," katanya. 

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription