Jaringan lewat Clint Dempsey menyaksikan Chelsea terus berhempas pulas memburu tempat ke Liga Juara-Juara Eropah apabila terikat 1-1 dengan Fulham, di Craven Cottage, awal pagi tadi.
Chelsea terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Frank Lampard meraikan gol ke-150 dalam Liga Perdana Inggeris menerusi sepakan penalti.
Pasukan pelawat itu lebih banyak mendominasi perlawanan namun jaringan penyamaan pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu yang juga gol ke-16 miliknya musim ini ketika lapan minit permainan tamat, terus menyulitkan lagi kemaraan Chelsea.
Hanya tiga kelab teratas liga layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan pasukan di tempat keempat terpaksa bermain pusingan kelayakan.
Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea tercicir dua mata di belakang Tottenham di tempat keempat yang hilang tiga mata apabila tewas kepada Norwich.
|
|