peraknews logo
Wednesday, 22 May 2013   12. Rejab 1434

keita09 

Tenaga bekas penyerang remaja Serbia, Lazar Popovicmasih diperlukan oleh Seladang dalam tiga perlawanan Liga Super sehingga akhir bulan ini. 

Namun begitu, kedudukan Popovic dalam skuad Seladang hanya ditentukan oleh jurulatih, Norizan Bakar mengikut perancang strateginya.

Popovic mungkin diturunkan dalam perlawanan Perak menentang Kuala Lumpur di Stadium Perak, Ipoh malam ini.  

Selain itu, bekas penyerang remaja Serbia tersebut mungkin diturunkan dalam perlawanan menentang Lion XII pada 10 April dan Sabah pada 14 April jika Norizan perlukan khidmatnya.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun mengesahkan bahawa Popovic masih menjadi pemain Perak dan boleh diturunkan dalam ketiga-tiga perlawanan itu bergantung kepada strategi Norizan.

Perak mengambil keputusan menamatkan kontrak Popovic apabila penyerang itu gagal menyumbangkan sebarang gol dalam 13 perlawanan Liga Super termasuk dua perlawanan Piala FA.

Oleh itu, Perak berhasrat mengambil bekas penyerangnya pada tahun 2004, Keita Mandjou yang sedang beraksi dengan kelab Pune FC dalam Liga India ( I-India ) bagi mengisi kekosongan Popovic.

Norizan bersama-sama Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ), Khairuddin Ahmad dan penolong pengurus, Ahmad Shahrul Azhar Sofian telah pergi ke India pada 30 Mac lalu.

Namun begitu,pihak pengurusan Seladang dan Pafa tidak memberi sebarang kenyataan mengenai pertemuan ketiga-tiga pegawai tersebut dengan Keita dan kelab Pune FC.  keita909

Walau bagaimanapun desas-desus dalam kalangan pegawai Pafa menyatakan bahawa pihak pengurusan Pune FC enggan melepaskan Keita sehingga perlawanan terakhirnya pada 15 April depan.

Oleh itu, Perak mungkin berdepan masalah mendapatkan Keita pada saat-saat akhir kerana Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) telah membuka tingkap perpindahan pemain mulai 2 April hingga 16 April depan.

Kedatangan Keita ke Ipoh masih menjadi tanda tanya membuatkan penamatan kontrak Popovic pada 1 April tertangguh sementara waktu.

Dalam perlawanan dengan Kuala Lumpur, Azwan berharap Perak memenangi perlawanan itu bagi mengembalikan kedudukannya dalam kelompok lima pasukan terbaik liga.

Beliau mengingatkan para pemain bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pilihan selain merangkul tiga mata penuh. 

"Perak hanya mengutip satu mata daripada lima  perlawanan yang dilaluinya sejak 11 Februari lalu,'' katanya.

Sebelum ini, Perak kalah kepada T-Team 0 - 2 ( 11 Feb ), Lions XII 1 - 2 ( 14 Feb ) dan seri 2 - 2 dengan Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ).

Selepas itu, skuad bimbingan Norizan Bakar gagal mencari kemenangan apabila kalah dua perlawanan berturut-turut kepada Kelantan 0 - 2 ( 7 Mac ) dan Kedah 0 - 3 ( 30 Mac ).    

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: