peraknews logo
Monday, 20 May 2013   10. Rejab 1434

Dua gol oleh penyerang Senegal, Papiss Demba Cisse memastikan Newcastle meneruskan buruan di empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris apabila menang 2-0 ke atas Swansea City di Liberty Stadium, awal pagi tadi. 

Cisse membuktikan pembeliannya oleh pengurus Newcastle, Alan Pardew, berharga 10 juta Euro adalah berbaloi apabila jaringannya itu memastikan kelabnya itu melonjak ke tempat kelima. Newcastle kini hanya dua mata di belakang Tottenham yang di tempat keempat.

Penyerang berusia 26 tahun itu meledak masing-masing sautu gol di separuh masa pertama dan kedua, sekali gus meningkatkan jumlah jariangannya kepada sembilan gol daripada lapan perlawanan. 

Sekiranya Cisse kekal dengan prestasinya dan membantu Newcastle memenangi semua empat lagi perlawanan terakhir musim ini, ia bakal membawa kelab itu layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan. 

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: