peraknews logo
Saturday, 25 May 2013   15. Rejab 1434

piala-presiden 

Walaupun tidak pernah kalah tetapi Perak perlu lebih konsisten dan tidak hilang fokus apabila berdepan pihak lawan dalam aksi Piala Presiden. 

Para pemain dipinta beraksi lebih konsisten agar tidak menjadi cemuhan dan ejekan para penyokong sendiri.

Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan menumpaskan Sarawak 2 - 1 di Ipoh kelmarin tetapi corak permainannya mendapat cemuhan daripada para penyokong.  

Kemenangan itu membolehkan Perak mengumpul 38 mata setelah mencatat sebelas kemenangan dan lima perlawanan seri.

Penonton tidak berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan itu yang mana dianggap seolah-olah bermain sambil lewa sahaja. 

Para pemain gagal membuat hantaran kemas kepada rakan sepasukan dan tidak menyempurnakan peluang gol di depan pintu gol Sarawak.

"Kami sesak nafas melihat para pemain Perak bermain,'' kata salah penyokong Perak yang menyaksikan perlawanan berkenaan.

Beberapa penyokong Perak yang lain merungut bahawa para pemain hilang fokus setelah menjaringkan dua gol.

Namun begitu mereka tetap memberi tepukan gemuruh kepada para pemain apabila pengadil meniup wisel penamat dan sekaligus Perak mengekalkan rekod tanpa kalahnya.  

Pengurus Pasukan, Isham Shaharuddin mengakui anak buahnya kurang konsisten dalam perlawanan berkenaan tetapi masih mampu mempamerkan persembahan yang menarik.

"Setiap pemain tidak lepas melakukan kesalahan tetapi mereka cepat memperbaiki kesalahan berkenaan daripada merosakkan pasukan,'' jelas Isham.

Beliau berkata semangat berpasukan dan juang yang tinggi para pemain membuatkan mereka mampu mempamerkan persembahan menarik walaupun berdepan jadual yang ketat. 

Katanya, jurulatih, Abu Bakar Fadzim sentiasa meneliti dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan oleh pemain sebagai persediaan untuk perlawanan akan datang.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: