peraknews logo
Friday, 24 May 2013   14. Rejab 1434

basket ball1Pasukan negara China muncul sebagai juara bola keranjang di Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung selama enam hari bermula 27 Mac hingga 2 April di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Pasukan negara China  menewaskan pasukan Philipina dengan kemenangan 90 - 64 mata pada set ke empat perlawanan berakhir. Teraju utama pasukan China, Huang Qing Bing bertindak sebagai penyerang telah mempamerkan permainan yang baik dalam membantu pasukannya muncul sebagai juara malam itu.

Terdahulu majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 27 Mac lalu. Sebanyak lapan pasukan berentap antaranya Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, China, Australia, Taiwan dan tuan rumah, iaitu Malaysia yang diwakili oleh Perak Selection.

Lebih kurang 1,000 orang penonton menyaksikan perlawanan akhir tersebut berpuas hati dengan persembahan pasukan negara China walaupun pasukan Philipina yang dianggap satu pasukan yang handal dan memberi cabaran hebat.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Perak buat julung-julung kalinya di Ipoh, sekaligus satu usaha untuk mempertingkatkan imej negeri Perak di persada dunia. Kejohanan ini juga telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara sekaligus menjayakan Tahun Melawat Perak 2012 .

Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan negara Australia setelah menewaskan pasukan Taiwan.

Piala Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah telah disampaikan oleh YMM Pemangku Sulta Perak, Raja Nadzrin Shah.

basketball-3

basketball-2

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: