peraknews logo
Thursday, 23 May 2013   13. Rejab 1434

Perak perlukan perubahan secara total dari segi susunan pemain dan strategi bagi mengelakkan terjunam ke dasar Liga Super yang semakin sengit.

Pihak pengurusan skuad Seladang perlu melakukan beberapa perubahan bagi mengembalikan Perak ke landasan untuk mencatat kemenangan seperti awal musim ini.

Prestasi Perak yang semakin menjunam menjadi bualan hangat para penyokong Kejor Yeop Kejor dengan membuat pelbagai andaian ke atas jurulatih, Norizan Bakar dan barisan pemain.

Selepas beraksi sebelas perlawanan, Perak terjunam ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 16 mata walaupun pernah menduduki kelompok tiga tangga teratas pada awal musim. 

Perak membuka tirai Liga Super musim 2012 dengan mencatat kemenangan ke atas juara Piala FA, Terengganu 1 - 0 pada 10 Januari tetapi kalah 0 - 1 kepada Selangor pada 14 Januari.

Selepas itu, Perak mencatat empat kemenangan berturut-turut menumpaskan Negeri Sembilan 2 - 1 ( 17 Januari ), Johor FC 1 - 0 ( 21 Januari ), Felda United 2 - 1 ( 28 Januari ) dan Sarawak 2 - 1 ( 8 Februari ).

Skuad bimbingan Norizan itu kalah dua perlawanan berturut-turut kepada T-Team 0 - 2 ( 11 Februari ) dan Lions XII 1 - 2 ( 14 Februari ).

Perak bangkit sebentar dengan mengalahkan ATM 1 - 0 ( 17 Februari ) dalam saingan pusingan pertama Piala FA serta mencatat keputusan seri 2 - 2 dengan PKNS ( 3 Mac ) dalam Liga Super.

Skuad Seladang kembali ` terduduk ' apabila kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut kepada Terengganu 0 - 1 ( 10 Mac ) di pusingan kedua Piala 

FA serta dua saingan Liga Super kepada Kelantan 0 - 2 ( 17 Mac ) dan Kedah 0 - 3 ( 30 Mac ).     

Kekalahan demi kekalahan yang dicatat oleh skuad Seladang menyebabkan penyokong Perak mengandaikan taktik dan strategi Cikgu Jan mudah dibaca oleh pihak lawan dan seterusnya memudahkan mereka menumpaskan skuad Seladang.

Selain itu, penyokong Kejor Yeop Kejor turut mendakwa pasukan Perak sudah ` dibeli ' oleh bookie membuatkan keputusan perlawanan sudah ditentukan.

Pengambilan pemain import yang tidak berkualiti membuatkan Perak tidak dapat menggunakannya bagi meningkatkan prestasi pasukan tersebut. 

Bekas penyerang remaja Serbia, Lazar Popovic yang diambil gagal menyumbangkan sebarang gol dalam 13 perlawanan Liga Super termasuk dua perlawanan Piala 
FA. 

Kegagalan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang dilaluinya membuatkan Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ) mengambil tindakan menyingkirkan Popovic mulai
 1 April.

Hanya rakannya, Michal Kubala yang dapat membantu bahagian tengah dalam usaha mendapatkan jaringan gol. Kubala menjaringkan enam gol termasuk satu dalam aksi Piala FA. 

Kegagalan pemain tempatan membantu di bahagian tengah dan serangan menyebabkan skuad Seladang bertambah parah.

Penyerang tempatan seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Mohd Shafiq Jamal dan Mohd Failee Ghazali gagal menambah sengat bagi mendapatkan gol.

Dalam sebelas perlawanan Liga Super, Perak menyumbatkan sebelas gol yang mana pemain tengah, Michal Kubala menjaringkan sebanyak lima gol.

Tiga pemain tengah yang lain iaitu Shahrom Kalam, Fahrul Razi Kamaruddin dan Fazrul Hazli Mohd Kadri masing menyumbangkan satu gol.

Akmal Rizal yang menjadi penyerang berbisa musim lalu telah kehilangan bisanya apabila berjaya menjaringkan dua gol sahaja ketika Perak menumpaskan Negeri 
Sembilan 2 - 1 ( 17 Januari lalu ) tetapi gagal menjaringkan sebarang gol dalam sepuluh perlawanan Liga Super lain.

Walau apapun andaian dan tuduhan, pihak pengurusan perlu melakukan sesuatu perubahan agar Perak kembali menyengat.

Langkah untuk mengambil bekas penyerang import 1994, Keita Mandjou merupakan tindakan yang bijak bagi memperkuatkan jentera serangan.

Para penyokong  Kejor Yeop Kejor akan menanti keputusan yang akan dilakukan oleh pihak pengurusan Seladang dalam mempertingkatkan keberkesanan jentera serangan.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: