logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Caj Pemajuan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi membincangkan isu caj pemajuan yang menjadi perdebatan hangat ketika Sidang DUN kali ini.

Ketika mengemukakan cadangan itu, Dr Zambry berkata, isu tersebut terlalu teknikal dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk membincangkannya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid menjelaskan, caj pemajuan tidak seharusnya dijadikan polemik politik kerana caj tersebut telah dilaksanakan di negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Tambah beliau, caj pemajuan turut dilihat sebagai salah satu cara bagi meningkatkan sumber hasil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pada masa ini hanya terhad kepada cukai taksiran, lesen-lesen dan fee-fee tertentu sahaja.

"Caj pemajuan ini sebenarnya disalurkan semula untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, kualiti persekitaran dan menaiktaraf kemudahan awam di kawasan PBT berkenaan," katanya ketika menggulung titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak hari ini.

Pada masa sama, kata beliau, kerajaan negeri turut bersedia mengkaji semula kadar caj pemajuan sekiranya pelaksanaan boleh menjejaskan kemampuan pemaju dan beri kesan negatif sehingga membantutkan industri hartanah di negara ini.

Bermula Januari 2014, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengenakan caj pemajuan kepada semua projek-projek hartanah untuk memastikan kesejahteraan rakyat di setiap kawasan PBT sekaligus meringankan beban PBT.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription