logoperaknews

iklan-black

Dr Zambry Dedah Ada Pegawai SPRM Di Pejabat MB

DR ZAMBRY dedah sprm

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan bahawa pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di Pejabat Menteri Besar untuk mempastikan tiada penyelewengan berlaku.

Menurut beliau, perkara itu sengaja tidak diumumkan kepada umum sebelum ini untuk membendung penyelewengan terutama bagi pihak yang 'menjual' namanya untuk mengaut keuntungan peribadi.

Sehubungan dengan itu, Dr Zambry meminta kerjasama semua wakil rakyat memaklumkan kepadanya sekiranya berlaku percubaan untuk berbuat demikian.

"Sebab itu kalau ada isu-isu di pasaran yang menjual nama Menteri Besar untuk meraih pulangan-pulangan yang besar, saya minta kepada semua wakil rakyat untuk memaklumkan kepada saya jika ada seseorang yang cuba melakukan perkara ini.

"Kita tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak sekalipun untuk mengutip wang ataupun bertindak bagi pihak mana-mana termasuk juga untuk mendapat gelaran Datuk dan sebagainya," tegasnya.

Dr Zambry berkata demikian semasa menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak di sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan pada Jumaat.

Menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Nga Kor Ming (DAP – Kepayang), Menteri Besar berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan soal ini dengan melantik pegawai intergriti untuk membasmi gejala rasuah.

Menurut Dr Zambry, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan Unit Intergriti di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) terlebih dahulu.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription