Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih kekal pendahulu Liga Perdana walaupun kalah mengejut 0-2 kepada Pos Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat malam.
Musuh terdekat mereka iaitu Pahang turut mencatatkan kekalahan mengejut 2-3 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.
Semi-finalis Piala FA musim ini, Sime Darby pula meneruskan rentak kecemerlangan selepas membelasah NS Betaria 5-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sementara itu, Perlis terus dirundung malang selepas kalah 1-2 kepada wakil kelab Pulau Pinang, USM FC di Stadium Utama Kangar.
Dalam saingan Liga Super, Kedah meneruskan rentak cemerlang mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Perak di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Dalam satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur terus dirundung malang apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
|
|