peraknews logo
Saturday, 18 May 2013   8. Rejab 1434

rumah

:- :

piala-presiden 

Para pemain muda Perak masih mengekalkan rekod tanpa kalah bagi kali ke-14 dalam saingan Piala Presiden setelah menumpaskan Kuala Lumpur 4 - 1 di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. 

Anak buah Abu Bakar Fadzim mempamerkan kesungguhan yang tinggi bagi mengutip mata penuh setelah ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama. 

Pemain muda Perak bangkit mendapatkan gol pada separuh masa kedua dan seterusnya mempertahankan rekod tanpa kalahnya bagi 14 perlawanan berturut-turut.
 
Gol kemenangan Perak dijaringkan oleh Kamarul Hesam Mohd Kadri, Khairul Asyraf Sahizah, Nurridzuan Abu Hassan dan Mohd Rafiq Mohd Rasib.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Perak di tangga kedua liga dengan mengumpul 34 mata.

"Saya ucapkan tahniah dan bersyukur atas kemenangan ini walaupun tanpa kehadiran dua tonggak utama yang masih cedera,'' jelas Abu Bakar di Ipoh semalam.

Pemain tengah, Kenny Pallraj dan pemain pertahanan, Amirul Azahan Aznan tidak diturunkan dalam perlawanan berkenaan.

"Saya gembira dengan sumbangan S. Kalairasu dan M. Youwarasan yang menggantikan Kenny dan Amirul apabila mereka mempamerkan persembahan mantap,'' tambahnya.

Beliau berharap para pemain akan meningkatkan prestasi masing-masing untuk berdepan Johor FC di Johor Bharu pada hari Isnin ini.

Sementara itu, Pengurus pasukan, Isham Shahruddin lega dengan kebangkitan para pemain pada separuh masa kedua bagi mendapatkan kemenangan. 

Beliau meminta semua pemain sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan kesalahan yang boleh memusnahkan pasukan sendiri.

"Kekalkan prestasi dan berusaha mempertahankan rekod tanpa kalah selama yang mungkin,'' pinta Isham.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: