peraknews logo
Friday, 24 May 2013   14. Rejab 1434

 

Mandjou KeitaPerak memperlihatkan kesungguhan untuk mengambil penyerang berbisa Pune FC, Keita Mandjou,32, bagi disenaraikan dalam Liga Super yang semakin rancak dan menarik. 

Kesungguhan itu diterjemahkan melalui usaha yang dilakukan oleh Perak dengan menghantar tiga orang kuatnya yang diketuai oleh ketua jurulatih, Norizan Bakar bagi berbincang dengan Keita.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa ), Khairuddin Ahmad dan penolong pengurus, Ahmad Shahrul Azhar Sofian turut menyertai Norizan ke India, kelmarin. 

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan pemergian ketiga-tiga individu tersebut bagi mendapatkan khidmat Keita.

Zainol berkata, mereka akan melihat prestasi semasa Keita sebelum membuat keputusan mengambilnya.

"Biarlah pemain import yang akan diambil itu lebih baik berbanding yang disingkirkan itu,'' jelas Presiden Pafa itu semasa menyaksikan perlawanan Piala Presiden di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Walau bagimanapun Perak terpaksa bersaing dengan Kelantan yang juga berminat menggunakan khidmat penyerang berbisa dari Guinea itu.

Kedua-dua pasukan itu berhasrat menggunakan khidmat Keita dalam usaha menggantikan pemain import masing-masing yang gagal memberi impak besar kepada negeri masing-masing.

The Red Warriors mendahului Seladang bagi mendapatkan Keita apabila Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa telah bertemu Keita pada 25 Mac lalu.     

Namun begitu, Annuar belum memberi sebarang kenyataan mengenai pertemuan tersebut.

Kini, Keita akan membuat keputusan muktamadnya samada mahu kembali menyarung jersi Perak atau beraksi dengan pasukan baru, Kelantan.

Perak terpaksa mengorak langkah mencari penyerang import baru setelah penyerang Serbia, Lazar Popovic  gagal menjaringkan sejak menyarung jersi Perak Januari lalu.

Kini, Pafa mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak Popovic mulai 1 April depan. 

Sebelum ini, Perak sudah menguji empat pemain Afrika minggu lalu bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Popovic.

Walau bagaimanapun pemain dari Cameroon, Ghana, Zambia dan Liberia  yang telah pulang apabila gagal menambat hati pihak pengurusan Seladang.4-pemain

Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) akan membuka tingkap perpindahan bagi pemain asing dan tempatan mulai 2 April depan.

Berdasarkan rekod lalu, Keita memang calon terbaik Perak kerana pernah memenangi anugerah Kasut Emas pada tahun 2006 setelah menjaringkan 17 gol dalam saingan Liga Perdana pada waktu itu.

Keita sedang beraksi dalam Liga India ( I-League ) dengan kelab Pune FC pernah memenangi anugerah Pemain Terbaik bagi musim 2010-2011 setelah muncul penjaring terbanyak dengan jaringan 13 gol bagi kelabnya.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: