logoperaknews

iklan-black

Kerajaan Optimis Tarik Lima Juta Pelancong

YB NOLEE turis

Kerajaan negeri tetap optimis dapat menarik lima juta pelancong ke Perak walaupun berlaku tragedi MH370, dengan mengambil pelbagai pendekatan untuk memberi fokus kepada promosi dan pemasaran produk pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, selain itu, kerajaan negeri juga melaksanakan penganjuran acara, pembangunan, naik taraf infrastruktur, latihan asas serta pengenalan produk pelancongan baharu.

Menurut beliau, antara usaha promosi dan pemasaran negeri Perak ialah 'Familiarization Trip' (FAM Trip) meliputi produk pelancongan, makanan dan kraftangan.

Berucap ketika menggulung perbahasan titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak, beliau memberitahu, di Ipoh sahaja, sebanyak empat pakej pelancongan 'Food Trail' Ipoh telah diwujudkan.

"Kerajaan negeri juga pada ketika ini tidak hanya terhad kepada FAM trip tetapi juga telah memasukkan elemen 'business matching', yang terbaru adalah dari Singapura," ujar beliau.

Nolee berkata, kerajaan negeri juga bertindak untuk menyelaras, membangunkan dan menyediakan pakej-pakej pelancongan baharu dan khusus, mengikut kategori pelancongan sedia ada.

"Kerajaan negerijuga mengambil bahagian melalui anak syarikat atau agensi berkenaan dalam pameran pelancongan di luar negeri dan negara," tambah beliau.

Beliau menjelaskan, setiap pameran yang disertai, akan dirancang supaya membawa hasil maksima kepada rakyat negeri Perak.

"Kayu pengukur adalah dalam bentuk MoU, jualan dan juga publisiti yang dapat dicapai dengan kerjasama antara smart partners iaitu pihak swasta serta NGO dan kerajaan negeri," kata Nolee.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga kini terdapat 116 pemandu pelancong alam sekitar yang aktif di negeri ini dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan kursus tambahan untuk memantapkan lagi kebolehan mereka.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription