peraknews logo
Saturday, 25 May 2013   15. Rejab 1434

 

piala-presidenPara pemain Perak diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan mana-mana pasukan lawan dalam pusingan kedua Liga Piala Presiden yang bermula hari ini. 

Perak akan memulakan cabaran pusingan kedua berdepan Kuala Lumpur di Stadium Perak, Ipoh petang ini.

Jurulatih, Abu Bakar Fadzim berkata, sikap memandang rendah ke atas pihak lawan akan membawa padah.

"Setiap pemain perlu bersedia dan memberikan fokus kepada perlawanan yang dihadapi samada kuat atau lemah,'' jelas Abu Bakar di Ipoh semalam.

Sebelum ini, Perak mencatat kemenangan selesa ke atas Kuala Lumpur 4 - 1 dalam pusingan pertama pada 19 Mac lalu.

"Kita pernah menumpaskan Kuala Lumpur tetapi tidak mustahil mereka mampu mengalahkan Perak jika semua pemain bermain sambil lewa,'' tambahnya. 

Skuad bimbingan Abu Bakar masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya bagi 13 perlawanan dan berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 31 mata.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) masih mendahului 13 pasukan lain dengan mengutip 35 mata yang mana masih mempertahankan rekod tanpa kalah 
seperti Perak.piala-presiden12

Abu Bakar berharap para pemain akan berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah tersebut seberapa banyak perlawanan yang mampu.

Beliau bersyukur rehat selama sebelas hari telah mengembalikan tenaga para pemain setelah berdepan jadual yang ketat selama dua bulan lalu. 

"Mereka semakin bertenaga dan bersemangat untuk mendapatkan banyak mata dalam pusingan kedua dan seterusnya layak ke suku akhir,'' tambahnya.

Empat pasukan teratas dalam kumpulan A dan B layak beraksi pada peringkat suku akhir kelak.

Oleh itu, Abu Fadzim berkata, setiap perlawanan yang dilalui pada pusingan kedua dianggap penting kerana Perak tidak mahu tercicir untuk ke suku akhir.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: