logoperaknews

banner-hitam

SMTD Dibina di Pondok Tanjung

smktdtahfiz

Kampung Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung telah dikenal pasti sebagai kawasan bagi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Tahfiz Daerah (SMTD).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, pembinaan SMTD itu akan dilaksanakan serentak di empat daerah lain iaitu Kinta, Kampar, Perak Tengah dan Hilir Perak.

"Dengan terbinanya Sekolah Menengah Tahfiz di daerah ini, harapan kerajaan negeri melahirkan satu keluarga seorang hafiz atau hafizah, Insya Allah akan menjadi kenyataan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Hasbullah Alias (BN- Kubu Gajah) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan.

Menurut Drs Nizar, pengambilan pelajar baharu hanya akan dilaksanakan setelah kemudahan seperti asrama, surau, bilik darjah dan keperluan lain lengkap sepenuhnya.

"Keprihatinan dan keseriusan kerajaan dalam meningkatkan pendidikan Islam amat jelas apabila wujudnya 836 buah institusi pendidikan Islam dalam berbagai kategori yang telah berdaftar dengan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam," kata beliau.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription