peraknews logo
Friday, 24 May 2013   14. Rejab 1434

Juara bertahan, Terengganu mengetuai senarai empat pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing dalam suku akhir kedua, Selasa malam.

Terengganu, yang juga juara Piala FA 2000 dan 2011, layak dengan agregat 1-0 ke atas Lions XII dari Singapura, walaupun mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu pada saingan suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Pada saingan suku akhir pertama Sabtu lepas, skuad Penyu bimbingan Mat Zan Mat Aris mencatat kemenangan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hasil jaringan Joseph Kalang Tie.

Jiran mereka, Kelantan turut mengikuti jejak yang sama selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas SPA FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu.

Keputusan itu membolehkan skuad Kijang mara ke separuh akhir dengan agregat 5-0 kerana sebelum ini mereka meraih kemenangan 3-0 pada saingan suku akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Kedah turut layak ke separuh akhir Piala FA selepas menundukkan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sementara itu, pasukan Liga Perdana, Sime Darby melakukan kejutan terbesar dengan mara ke separuh akhir Piala FA buat pertama kali selepas menumbangkan pasukan Liga Super, Johor FC dengan agregat 5-3.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang semalam, Sime Darby mencatat kemenangan tipis 2-1.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: