Malaysia Tigers tewas kepada pasukan pelapis Indonesia, Indonesia Rajawali 1-2 pada pusingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras di sini Ahad.
Muhammad Hafiz Hashim yang memulakan cabaran negara kecundang di tangan perseorangan pertama Indonesia Hayom Rumbaka 21-16, 18-21, 10-21.
Beregu negara Koo Kean Kiet/Tan Boon Heong pula berhadapan tentangan sengit Angga Pratama/ Rian Agung Saputro yang mengalahkan mereka 10-21, 21-18, 21-13.
Perseorangan kedua negara Liew Daren meraih mata tunggal negara dengan menumpaskan Shesar Hiren Rhustavito 21-19, 21-13.
Sementara itu, pada perlawanan di Arena Tertutup Senayan, Jakarta, pasukan Indonesia Garuda turut mengungguli peringkat kumpulan J setelah menundukkan Malaysia Leopards 3-0.
Malaysia Tigers dijadualkan bertemu Indonesia Garuda sementara Malaysia Leopards bakal menentang Indonesia Rajawali pada peringkat separuh akhir yang bermula Jumaat ini di Kuala Lumpur dan Jakarta.
|
|