logoperaknews

banner-hitam

Lebih 1,000 Sekolah Terima Manfaat Tuisyen Online

e-tuisyen online

1,097 buah sekolah seluruh Perak terima manfaat Program Tuisyen Online Easy For You sejak program itu ditubuhkan tahun lepas.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia,Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, program itu setakat ini telahpun diakses  oleh237,000 pelajar dan 18,000 guru dari pelbagai umur.

 

Menurut beliau, berdasarkan laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pemeriksaan Malaysia (SPM) telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

 

“Dengan peningkatan prestasi PMR dan SPM, kerajaan negeri percaya program tersebut sedikit sebanyak telah membantu dan menyumbang kepada peningkatan tersebut,” katanya menjawab soalanTan Kar Hing (DAP-Simpang Pulai) pada Sidang DUN, hari ini.

 

Shahrul juga turut memberitahu, berikutan impak yang telah diberikan oleh program itu, sebanyak 30 matapelajaran lagi akan ditambah untuk turut di dalam program tersebut.

 

“Ini adalah satu program pelengkap kepada program-program pendidikan sedia ada untuk memastikan setiap pelajar dapat peluang sama rata, tiada tertinggal dan tiada yang terpinggir,” katanya. 

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription