logoperaknews

pnewsmerdeka

Sidang Media Catuan Air di Taiping Esok

engzainol

Pengerusi Jawatakuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Zainol Fadzi Paharudin akan mengadakan sidang media esok bagi menjelaskan mengenai cadangan catuan air di Taiping.

Baru-baru ini, beliau memberitahu, catuan air akan dilaksanakan di Taiping mulai 3 – 16 April, sekiranya hujan tidak turun minggu ini.

Sementara itu, Nga Kor Ming (DAP – Kepayang) meminta penjelasakan kerajaan mengapa catuan air dilaksanakan di Taiping kerana kawasan itu dikatakan menerima air paling banyak di negara ini.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Perasmian Pemangku Raja Perak pada Sidang DUN Perak hari ini, Nga berkata, catuan itu akan menjejaskan kira-kira 28,000 pengguna di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan satu Unit Tindakan Khas untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau mendakwa catuan air itu tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini sudah dinyatakan bahawa bekalan air di negeri Perak masih mencukupi bagi tempoh empat bulan akan datang.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription