• Home
    • Advertisement
      kete
  • BERITA NASIONAL
  • BERITA NEGERI
  • BERITA DUNIA
  • BERITA SUKAN
  • KOLUMNIS
  • KOMUNITI
  • SUARA PERAK
  • Galeri Menteri Besar
  • Peraknews TV

Thu24042014

Last updateThu, 24 Apr 2014 2pm

Articles

Pemandu Lori Cedera Parah Ditetak di Taiping

2030285

Seorang pemandu lori ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi jalan di Kampung Setia Jaya, Kamunting dekat Taiping pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komsioner Yusof Mohd Diah, berkata B Meganathan, 27, yang parah akibat ditetak di siku kiri dan bahagian kiri perut, ditemui oleh seorang wanita pada jam 9.51 pagi.
Meganathan yang juga bekerja sebagai pembantu sebuah kedai menjual minuman keras dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil, katanya.
Beliau berkata setakat ini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian kerana mangsa masih belum berupaya untuk memberi keterangan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis.