peraknews logo
Thursday, 23 May 2013   13. Rejab 1434

Sime Darby hanya mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Johor FC pada saingan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini.
Wakil kelab Lembah Klang yang dibimbing jurulatih Ismail Zakaria itu membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Azmirul Azmi seawal minit kelima sebelum Razali Umar Kandasamy menambah jaringan pada minit ke-38.
Bersambung babak kedua, Johor FC kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya penyerang import dari Brazil, Arthur Henrique Bernhardt berjaya merapatkan jaringan pada minit ke-44.
Pemain import dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh kembali memberi kelebihan untuk Sime Darby apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-70 sebelum Arthur sekali lagi menjaringkan gol keduanya pada minit ke-85.
Esok, tiga lagi perlawanan suku akhir pertama akan berlangsung melibatkan Terengganu menentang Lions XII dari Singapura di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kedah menentang T-Team di Stadium Alor Setar dan SPA FC menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: