peraknews logo
Saturday, 18 May 2013   8. Rejab 1434

rumah

:- :

norizan bakar perak faEmpat penyerang dari benua Afrika akan diuji dalam dua perlawanan persahabatan di Ipoh pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Jurulatih Perak, Norizan Bakar berkata, prestasi keempat-empat pemain itu akan diteliti dalam perlawanan persahabatan menentang Pahang dan ATM nanti.

Keempat-empat penyerang tersebut berasal dari Ghana, Cameroon, Liberia dan Zambia yang mana pernah beraksi dalam beberapa buah kelab ternama di Afrika.

Pihak pengurusan Perak terpaksa menguji pemain import baru apabila para penyokong Kejor Yeop Kejor mendesak supaya mencari pemain gantian kepada penyerang Serbia, Lazar Popovic.

Popovic yang diharapkan menjadi penjaring utama masih gagal menemui sentuhan gol walaupun sudah mengharungi 12 perlawanan.

Ujian pemilihan ke atas keempat-empat pemain benua Afrika itu dilakukan kerana Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) akan membuka tingkap pemindahan pemain pada bulan depan.

`` Terpulanglah kepada pihak pengurusan bagi menentukan mana-mana pemain yang akan diambil kelak,'' jelas Norizan.

Beliau memberitahu bahawa keempat-empat pemain itu sudah menjalani latihan sejak dua hari lalu yang mana prestasi mereka sedang diteliti.

`` Para pemain Perak termasuk Popovic sedang menjalani latihan sebagai persedian berdepan Kedah di Alor Setar pada 30 Mac depan,'' jelasnya.

oleh-Kamaruddin Ismail

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: