peraknews logo
Monday, 20 May 2013   10. Rejab 1434

f1-mobileKUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peminat perlumbaan Formula 1 (F1) yang tidak berpeluang ke Litar Sepang hujung minggu ini masih boleh mengikuti aksi menarik perlumbaan itu menerusi telefon bimbit melalui "MoSportz" iaitu portal berita yang dibangunkan oleh Novosol.

Menurut kenyataan Novosol Sdn Bhd, aplikasi itu boleh diakses menerusi  yang menyajikan maklumat lengkap dengan berita bergambar dunia F1 termasuk aksi-aksi pemandu seperti Honda Jenson Button dan Lewis Hamilton serta pelumba Red Bull Sebastien Vettel.

"Pengguna telefon bimbit yang berpergian dan jauh daripada liputan TV boleh mengikuti liputan langsung GP Malaysia termasuk info terkini, kedudukan pemandu dari pusingan ke pusingan dan keputusan terkini pada papan skrol bergerak MoSportz.

Selain daripada perlumbaan Formula 1, MoSportz juga menyediakan berita dan maklumat sukan lain termasuk tenis, golf dan hoki seperti Tenis Terbuka Australia dan Dubai baru-baru ini serta liputan Sukan Olimpik di London 2012 Julai ini.

Untuk info terkini MoSportz, pengguna juga boleh menyertai Facebook Mosportz iaitu http://facebook.com/mosportz.

-- BERNAMA

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: