peraknews logo
Tuesday, 21 May 2013   11. Rejab 1434

piala-presiden12 

Perak mahu menutup tirai perlawanan Piala Presiden di gelanggang sendiri dengan mempertahankan rekod tanpa kalah bagi kali ke-13 di Stadium Perak, Ipoh petang ini.

Dalam perlawanan tersebut, Perak akan berdepan pasukan di tangga kedua liga, NS Betaria merupakan perlawanan ke-25 bagi kedua-dua pasukan itu.

Jurulatih, Abu Bakar Fadzim berkata, Perak berazam mempertahankan rekod tanpa bagi perlawanan ke-13 itu setelah berjaya melakukan dalam 12 perlawanan lalu. 

"Kami berazam mengukir sejarah tersendiri dengan menutup tirai perlawanan di gelanggang sendiri tanpa sebarang catatan kalah,'' kata Abu Bakar di Ipoh semalam.

Perak akan berdepan PKNS dalam perlawanan terakhirnya pada 24 Mei akan datang.

Selepas beraksi dalam 24 perlawanan, Perak berjaya mencatat 15 kemenangan, seri tujuh perlawanan dan kalah dua perlawanan mengumpul 52 mata.

Sehubungan dengan itu, Abu Bakar memberitahu bahawa Perak akan menurunkan kesebelasan utamanya yang diketuai oleh penjaring terbanyak, Norhakim Mohd Isa.

Norhakim telah menjaringkan tujuh gol diikuti oleh  Khairul Asyraf Shaizah dan Kamarul Hesam Mohd Kadri masing-masing menyumbatkan lima gol.

"Walaupun Perak telah layak ke saingan suku akhir tetapi para pemain akan beraksi seperti biasa,'' jelas jurulatih itu.

"Mereka tidak bermain hanya untuk melengkapkan jadual tetapi mempunyai misi penting yang perlu dicapai,'' tambahnya.

Abu Bakar berharap para pemain tidak memandang rendah keupayaan NS Betaria yang menduduki tangga kedua liga. 
 
Katanya, semua pemain perlu memberi komitmen sepenuhnya supaya dapat mencatat kemenangan yang diharapkan.
 

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: