peraknews logo
Tuesday, 21 May 2013   11. Rejab 1434

bodjongo-perakfa4

Dua penyerang Cameroon, Albert Bodjongo dan Effa Owona akan bertarung membantu Perak dan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super pada hari Selasa ini. Para penyokong Kejor Yeop Kejor dan Hoben Jang Hoben menunggu samada Bodjongo atau Owona akan mampu merobek kubu lawan masing-masing.

Bodjongo dan Owona dikatakan mempunyai gaya permainan yang menarik semasa berada di kawasan pihak lawan dalam usaha menjaringkan gol. Pertembungan Bodjongo dan Owona dijangka sengit kerana Perak dan Negeri Sembilan sedang bersaing memburu kedudukan terbaik dalam liga.

Perak berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam dua perlawanan lalu apabila mencatat keputusan seri 2 - 2 dengan Terengganu ( 4 Mei ) dan menumpaskan Selangor 2 - 0 ( 12 Mei ).

Bodjongo turut menyumbang dua dalam kedua-dua perlawanan itu bagi meletakkan dirinya dalam senarai penjaring Perak Selepas 17 perlawanan, Perak berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 27 mata. Prestasi Negeri Sembilan semakin menyerlah setelah mencatat dua kemenangan berturut-turut menumpaskan Selangor 3 - 1 ( 8 Mei ) dan Johor FC 2 - 1 (12 Mei ).

Kini, Negeri Sembilan berada di tangga lima dengan mengutip 26 mata selepas beraksi 17 perlawanan. Owona turut menyumbangkan dua gol dalam perlawanan berkenaan membolehkannya muncul penjaring terbanyak Negeri Sembilan dengan jumlah lapan gol. Walau bagaimanapun pertarungan Bodjongo dan Owona itu akan turut disertai para pemain Perak dan Negeri Sembilan yang lain.

Pertarungan strategi Norizan Bakar dan Mohd Azraai Khor Abdullah akan menjadi penentu segalanya samada Perak atau Negeri Sembilan yang akan merangkul tiga atau berkongsi mata.

Norizan mungkin menggunakan strategi 4-5-1 bagi mengutip mata penuh seperti mana dilakukannya menumpaskan Selangor. Azraai yang terkenal dengan strategi 4-4-2 sudah pasti berusaha memburu kemenangan ketiga berturut-turut bulan ini.

foto-Perak FA

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: