peraknews logo
Tuesday, 21 May 2013   11. Rejab 1434

Harimau-Malaya 

Malaysia berada di kedudukan baru dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa ( Fifa ) yang mana melompat tiga tangga ke atas dalam senarai baru yang dikeluarkan oleh Fifa pada 9 Mei lalu.

Skuad Harimau Malaysia itu naik ke tangga 153 dari 156 di belakang Bangladesh ( 152 ) dan Indonesia ( 151 ).

Sebelum ini, Malaysia berada di tangga ke-156 dalam ranking Fifa pada bulan April yang lalu. 

Kejayaan Malaysia menumpaskan Sri Lanka 6 - 0 pada 24 April sekaligus membolehkan skuad yang dibimbing oleh Datuk K. Rajagopal melonjak naik tiga anak tangga.

Dalam ranking dunia, Sepanyol masih kekal di tangga pertama diikuti oleh Jerman ( 2 ), Uruguay ( 3 ), Belanda ( 4 ), Portugal ( 5 ), Brazil ( 6 ), England ( 7 ), Croatia ( 8 ), Argentina ( 9 ) dan Denmark ( 10 ). 

Di peringkat Asia, Malaysia kekal di tangga ke-26 daripada 46 buah negara dalam Persekutuan Bolasepak Asia ( AFC ).

Malaysia berada di belakang Bangladesh ( tangga ke-25 ), Indonesia ( 24 ), Nepal ( 23 ) dan Filipina ( 22 ).

Australia menggungguli di tangga pertama peringkat Asia dan diikuti Jepun di tangga kedua dan Korea di tangga ketiga. 

Sementara itu di peringkat Asean, Malaysia berada di tangga kelima di belakang Vietnam ( pertama ), Thailand ( kedua ), Filipina ( ketiga ) dan Indonesia ( keempat ). 

Ranking Harimau Malaya mampu dipertingkatkan jika mereka berjaya menumpaskan Filipina dan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan Jun depan.

Malaysia akan beraksi dengan Filipina di Kuala Lumpur pada 1 Jun depan.

Selepas itu, Malaysia akan mengadakan dua perlawanan dengan Singapura di Kuala Lumpur pada 8 Jun dan di Singapura pada 12 Jun depan.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: