Selepas Safee Sali, Mohd. Safiq Rahim dan Muhd. Ariff Zulkifly berjaya mengharumkan nama negara di arena bola sepak antarabangsa, kini tiba giliran pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor pula.
Dia baru-baru ini dilamar kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar untuk beraksi dengan pasukan yang menduduki tangga ke-12 Premiera Liga Portugal itu.
Apa pun, Nazmi Faiz perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu dalam sesi ujian pemilihan selama seminggu bermula Isnin depan.
"Pastinya, saya akan memberikan persembahan terbaik kerana inilah peluang untuk saya mengembangkan pengalaman dan menjadi pemain pertama negara mewakili kelab Eropah," katanya.
Kemampuan Nazmi Faiz disedari oleh seorang ejen bola sepak Portugal semasa dia beraksi dalam Liga Singapura bersama Harimau Muda A baru-baru ini.
|
|