logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Pasukan Pegawai Bomba Bantuan Bakal Diwujudkan

kehebatan bomba penyelamat kl

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan Pegawai Bomba Bantuan yang akan dibayar elaun seperti pasukan-pasukan bantuan sedia ada di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, penubuhan pasukan tersebut dijangka berupaya meningkatkan kecekapan masa bertindak kepada 80 peratus seperti di negara-negara maju.

Menurut beliau, pada masa ini, pencapaian masa bertindak 10 minit yang disasarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi kawasan berisiko tinggi dan sederhana masih kurang memuaskan iaitu lebih kurang 50 peratus sahaja.

"Maka dengan itu, orang ramai diseru untuk mendaftarkan diri bagi menyertai pasukan ini.

"JBPM akan memberi latihan secukupnya kepada anggota bomba bantuan untuk membantu mereka menjalankan tugas memadam kebakaran dan menyelamat dengan cekap serta berkesan bersama-sama dengan anggota bomba sepenuh masa," katanya.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription