logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Himpunan 1 Mei: Polis Terima Laporan 3 Jurukamera Dikasari

jurukamerapukoi

Pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia.

"Insiden disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat," katanya di sini, Jumaat.

Dalam kejadian itu, ketika perhimpunan mula bersurai kira-kira pukul 4.30 petang itu, dua daripada petugas media berkenaan didakwa ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena kayu yang dibaling.

Jurukamera Xinhua News Agency, Mohd Zul Iskanda Mohd Hanafiah ditendang dan terkena balingan kayu, sementara jurufoto Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim ditumbuk dan disepak.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription