logoperaknews

iklan-black

PLUS Setuju Struktur Semula Kenaikan Kadar Tol

tol1plus

Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS), salah satu pemegang konsesi lebuh raya utama negara telah bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata penstrukturan semula itu dijangka membabitkan perubahan perjanjian yang lebih memihak kepada kebajikan rakyat.

"PLUS telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu kadar tol melibatkan perubahan perjanjian...dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat," katanya.

Mengulas antara kandungan penstrukturan itu, Fadillah berkata sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun, namun menerusi penstrukturan ini, jika PLUS ingin membuat kenaikan kadar tol perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan itu.

"Jadi kerajaan akan mempertimbangkan boleh atau tidak dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka," katanya.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription