peraknews logo
Sunday, 19 May 2013   9. Rejab 1434

logo-liga-superPenyerang import, Albert Dominique Ebosso Bodjongo dari Cameroon berjaya mengukir nama sebagai salah seorang penjaring gol skuad Seladang dalam Liga Super musim ini.   

Bodjongo menjaringkan gol kedua Perak dalam perlawanan menentang Terengganu di Kuala Terengganu malam semalam yang berkesudahan seri 2 - 2.

Selain Bodjongo, satu gol lagi dijaringkan oleh Rafiuddin Roddin untuk Perak.

Kini, Bodjongo yang disenaraikan dalam skuad Seladang mulai awal bulan April menjadi pemain kelapan dalam senarai penjaring Perak. 

Penjaring gol yang lain seperti Michal Kubala ( 8 gol ), Akmal Rizal Ahmad Rakhli ( 3 gol ), Fahrul Razi Kamaruddin ( 2 gol ), Rafiuddin Rodin ( 2 gol ), Shahrom Abdul Kalam ( 1 gol ), Fazrul Hazli Mohd Kadri ( 1 gol ) dan Lazar Popovic ( 1 gol ).    

Dalam pertarungan di Kuala Trengganu, jurulatih, Norizan Bakar menggunakan gandingan Bodjongo dan Mohd Failee Ghazali di barisan serangan. 

Akmal Rizal bersama-sama Kubala dan Rafiuddin sebagai penggerak serangan di bahagian tengah yang membolehkan Perak membawa pulang satu mata. 

Keputusan itu mengekalkan Perak di tangga kelima liga dengan mengumpul 24 mata setelah bermain 16 perlawanan.

Selangor yang bermain 15 perlawanan berada di tangga keempat dengan mengumpul 24 mata tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol.

Walaupun gagal memperolehi mata penuh tetapi  Terengganu kekal di tangga ketiga dengan mengumpul 26 mata.

Kelantan yang mencatat kemenangan 3 - 0 ke atas Lions XII berada di tangga kedua dengan 34 mata setelah bermain 15 perlawanan. 

Kedudukan Lion XII sebagai pendahulu liga semakin tergugat yang mengutip 36 mata setelah bermain 18 perlawanan.

Selepas ini, Perak akan berdepan Selangor di Ipoh pada 12 Mei akan datang. 

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: