peraknews logo
Saturday, 18 May 2013   8. Rejab 1434

Perak tetap berpuas hati membawa pulang satu mata setelah seri 1 - 1 dengan Tentera dalam saingan Liga Piala Presiden di Stadium Mindef, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur petang semalam.

Jurulatih, Abu Bakar Fadzim lega dengan keputusan tersebut kerana laluan Perak ke suku akhir semakin cerah.

"Kita sepatutnya mencatat keputusan yang lebih baik jika jentera serangan tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang,'' jelas Abu Bakar.

Beliau agak kecewa dengan tindakan Khairul Asyraf Shaizah dan Mohd Rahizi Mohd Rasib yang gagal menyempurnakan beberapa peluang gol.

"Perak lebih banyak menguasai perlawanan tetapi gagal mengutip mata penuh seperti yang diharapkan,'' tegas Abu Bakar. 

Kegagalan kedua-dua penyerang itu membuatkan Perak terpaksa menunggu sehingga minit ke-88 bagi mendapatkan gol penyamaan melalui pemain gantian, Hamizul Izaidi.

Walau apapun Abu Bakar tetap memuji anak buahnya yang mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi mendapatkan gol penyamaan itu. 

Keputusan tersebut membolehkan Perak mengumpul 49 mata dariapada 22 perlawanan yang dilaluinya. Tentera pula mengutip 41 mata.

Sebaliknya, Tentera semakin tertekan dengan keputusan berkenaan kerana terpaksa melipatgandakan usaha bagi memburu salah tempat ke saingan suku akhir kelak. 

Harapan Terengganu ke suku akhir masih terbuka apabila mencatat keputusan seri 1 - 1 dengan Negeri Sembilan bagi membolehkannya mengumpul 42 mata.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: