logoperaknews

iklan-black

Diskriminasi Kaum: Ibrahim Ali Sanggah Obama

7d5a

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyanggah kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak diberikan peluang yang sama.

Ibrahim berkata kenyataan Obama itu tidak benar kerana selama ini 60 peratus ekonomi negara dikuasai masyarakat bukan Islam.

"Kalau benar (kenyataan Obama), kenapa bukan Islam menguasai 60% ekonomi negara? Siapa miliki bangunan pencakar langit, gedung besar dan rumah kedai dalam bandar?

"Kerajaan membiayai sekolah jenis kebangsaan walaupun ada yang mendakwa bertentangan dengan Perlembagaan.

"Orang yang mengatakan Malaysia menafikan hak bukan Islam adalah orang kurang waras dan kurang akal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini, mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur.

Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan dan ada yang rasa tertindas.

Obama sendiri tidak memastikan Israel memberi layanan yang baik kepada penduduk asal di Palestin.

"Saya nak tanya Obama, layanan apa pihak Israel beri kepada penduduk asal rakyat Palestin? Cakap tidak serupa bikin.

"Kenapa Obama tidak nasihat penduduk bukan Islam wajib menghormati kaum majoriti Islam? Obama seperti presiden Amerika lain juga tidak telus," katanya.

Ibrahim berkata kenyataan berat sebelah yang dibuat Obama itu hanya menambahkan lagi ketegangan kaum di negara ini.

Awal hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyelar kenyataan Obama dengan mengatakan tidak benar Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum dan agama.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription