Arab Saudi semalam memutuskan untuk memanggil semula dutanya di Kaherah dan menutup misi diplomatik dengan Mesir selepas protes di luar kedutaan negara itu susulan penahanan seorang peguam Mesir di Arab Saudi, menurut agensi berita SPA.
Selain kedutaan, konsulat negara itu di Alexandria dan Suez juga ditutup.
Jurucakap kerajaan berkata, demonstrasi di luar kedutaannya adalah tidak wajar dan mampu memberi kesan kepada pekerja Mesir dan Arab Saudi yang terbabit dalam misi diplomatik negara itu. - AFP
|
|