logoperaknews

pnewsmerdeka

'Datuk' parah ditikam dua lelaki tidak dikenali di Ipoh

Sum Chang Keong

Seorang Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bergelar Datuk parah ditikam dengan senjata tajam oleh dua lelaki ketika mangsa baru sahaja keluar dari sebuah premis di Jalan Datuk Seri Ahmad Said, Greentown di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa ditikam pada bahagian dada kiri dengan senjata yang tidak dapat dipastikan lagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai diserang dan dicederakan oleh dua suspek yang menaiki sebuah kereta ketika mangsa sedang berjalan kaki keluar dari sebuah premis berhampiran sebuah hotel di kawasan berkenaan.

"Maklumat yang polis terima mengatakan seorang lelaki berlumuran darah akibat diserang dan ditikam dengan senjata tajam, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh orang awam yang kebetulan berada ditempat kejadian.

"Mangsa mengalami kehilangan darah yang banyak dan kini masih dalam keadaan lemah, namun berdasarkan keterangannya, pada awalnya dia menyangka menjadi mangsa samun, namun selepas pemeriksaan dilakukan oleh ahli keluarga mendapati tiada barang berharga milik mangsa yang hilang," katanya di sini, hari ini.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription