peraknews logo
Monday, 20 May 2013   10. Rejab 1434
Tuan rumah Thailand membelasah Malaysia 12-1 pada perlawanan separuh Kejohanan Futsal AFF 2012 di Stadium Thonburi, Bangkok, Rabu. Menurut laporan laman sesawang AFF, www.aseanfootnall.org, Thailand akan memburu kejuaraan kali kelapan dengan menentang Vietnam pada final Jumaat ini. Thailand mendahului Malaysia 8-0 pada separuh masa. Pada perlawanan tersebut, Thailand membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi tonggak utama pasukan, Supahwut Thueanklang sebelum beliau menyumbat empat lagi gol pada minit ke-13, 20, 26, 28. Gol lain pasukan tuan rumah itu dihasilkan oleh Jirawat Sornwich (minit kelima), Nattawut Madyalan (minit kesembilan, 38) Jetsada Chudech (minit ke-15, 17) dan Kritsada Wongkaeo pada minit ke-19 dan 38. Gol saguhati Malaysia diperoleh menerusi Qaiser Abdul Kadir pada minit ke-35.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: