peraknews logo
Sunday, 19 May 2013   9. Rejab 1434

elie-aiboyPenyerang Semen Padang, Elie Aiboy menganggap Perak mempunyai barisan pemain yang amat baik berdasarkan aksi dalam  persahabatan Nusantara di Ipoh pada hari Ahad lalu, malah hampir sama hebat seperti beberapa tahun lalu.

Elie Aiboy, 32, berkata, persembahan yang dipamerkan oleh para pemain Perak tetap bertenaga walaupun kalah 0 - 2 kepada Semen Padang.

"Apabila saya bermain dengan pemain Perak malam kelmarin, saya terkenang semasa beraksi dalam Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia beberapa tahun lalu,'' jelas Elie.

Beliau pernah menyarung jersi Selangor pada musim 2005, 2006  dan 2008 lalu.

"Saya pernah menjaringkan satu gol semasa membantu Selangor mengalahkan Perak 4 - 2 dalam perlawanan akhir Piala FA pada tahun 2005 lalu,'' kata Elie yang pernah terpilih sebagai Pemain Berharga pada tahun tersebut. 

Selain memenangi Piala FA, Elie turut menikmati kejayaan bersama Selangor yang muncul juara Liga Perdana dan Piala Malaysia pada tahun 2005 lalu.

"Selangor pernah menawarkan untuk bermain dengan pasukan tersebut baru-baru ini tetapi terpaksa menolak kerana kontrak saya bersama-sama Semen Padang berakhir pada bulan depan,'' kata Elie.

Beliau mengakui beraksi dalam liga bola sepak di negara ini merupakan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.
 
Elie telah beraksi dengan Semen Padang sejak tahun 2010 yang lalu.

Kini pasukan tersebut sedang mendahului sebelas pasukan lain dalam Liga Prima Indonesia setelah mengumpul 24 mata hasil daripada 12 perlawanan. 

"Saya berharap Semen Padang dapat mengekalkan kedudukan ini sehingga tamat musim nanti,'' tambah Elie.


Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: