logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Pegawai TUDM Hadapi Satu Pertuduhan di Amerika Syarikat

140121-F-EQ901-030

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar senjata api di Texas, Amerika Syarikat (AS) akan berdepan satu pertuduhan.

TUDM dalam kenyataan pada Selasa, berkata Mejar Mohd Faiz Abdul Jalil akan dituduh 'bukan imigran memiliki sepucuk senjata api dan/atau amunisi'.

"Pada peringkat awal, Mohd Faiz dicadang untuk dikenakan dengan empat pertuduhan oleh pihak pendakwa," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi Mohd Faiz juga sudah dipindahkan dari Penjara Daerah Taylor ke Penjara Daerah Lubbock, Texas sementara menunggu prosiding mahkamah yang sebelum ini ditetapkan pada 21 April.

Mahkamah Daerah Lubbock akan menetapkan tarikh baharu, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut kes berkenaan dipantau oleh Pejabat Atase Pertahanan Malaysia di Washington yang akan memaklumkan perkembangan kepada Kementerian Pertahanan untuk tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama TUDM mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga kebajikan keluarga pegawai berkenaan, kata kenyataan itu.

Mohd Faiz ditahan oleh pihak berkuasa AS pada 16 April lalu apabila mereka menemui senjata api di dalam beg miliknya di Lapangan Terbang San Angelo, Texas.

Dia ditahan ketika mahu berlepas pulang ke tanah air setelah menamatkan kursus di Pangkalan Udara GoodFellow yang dihadirinya sejak 5 Jan lalu.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription